Sumbangan Qurban kepada 4 buah masjid

  

Baru-baru ini, Litrak dan Sprint telah memberikan sumbangan ibadah korban kepada beberapa masjid di sekitar Lebuhraya Damansara Puchong dan Lebuhraya Sprint.

Sumbangan untuk membantu ibadah korban yang akan dijalankan ini disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Komunikasi Litrak dan Sprint kepada wakil-wakil daripada Masjid As Salam Puchong Perdana, Masjid Al Husna Bandar Sunway, Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara dan Masjid Ar Rahman Kuala Lumpur.

AidilAdha “Satu Panggilan, Satu Pengabdian, Satu Pengorbanan”