


Sempena Ramadan kali ini dan Aidilfitri yang menjelang tiba, Litrak dan Sprint telah menganjurkan Program Kebajikan Shopping Raya bersama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2, Puchong.
Seramai 33 orang pelajar berumur antara 7 tahun sehingga 12 tahun telah dibawa ke AEON Mall Shah Alam untuk shopping raya.
Seronok adik-adik ni shopping semalam. Baju raya ada, kasut raya ada, baju jalan, eh macam-macam lah!
Diharapkan kerjasama strategik dengan pihak Sekolah ini dapat membantu adik-adik dan keluarga untuk menyambut Aidilfitri tak lama lagi.