Majlis Penyerahan Bantuan Barangan Sekolah – Back to School 2019

 
Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan anjuran LITRAK, SPRINT dan SMART Tunnel kepada kanak-kanak daripada Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong dan Yayasan Chow Kit, Kuala Lumpur.
 
Setiap seorang menerima barangan persekolahan – beg sekolah, barangan alat tulis dan kelengkapan sekolah bernilai RM 200.
 
Sumbangan ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LITRAK dan SPRINT, En Sazally bin Saidi, Ketua Pegawai Kewangan LITRAK dan SPRINT, En Stephen Low dan Ketua Pegawai Operasi SMART, Puan Sharifah Alauyah Wan Othman di Kompleks Operasi LITRAK, Subang Jaya hari ini.