Anugerah Pulangan Ekuiti Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Tahun “Highest Return on Equity over Three Years” bagi sektor pengangkutan dan logistik

Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad, semalam telah menerima Anugerah Pulangan Ekuiti Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Tahun / “Highest Return on Equity over Three Years” bagi sektor pengangkutan dan logistik.

Anugerah ini telah disampaikan Dato’ Ong Eng Bin, Ketua Pegawai Eksekutif Bank OCBC (Malaysia) Bhd, ketika Majlis “The Edge Billion Ringgit Club 2021” di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur semalam.

Wakil daripada Litrak En Syah Rizal Sahari (Pengurus Kanan Jabatan Operasi Tol), ditemani En Shah Rizal Mohamed Fawzi (Ketua Jabatan Komunikasi) dan Ms Jane Khoo Ai Leng (Ketua Jabatan Kewangan dan Korporat) turut hadir untuk menerima anugerah tersebut.

Tahniah, LITRAK!